Mari kita Pergi Mencarinya



Dia seperti angin yang meniup
Dia seperti laying-layang yang melayang
Mari kita pergi mencarinya
Jalan menunjukkan kami arahnya
Dia membuat jalanya sendiri
Dia terjatuh, bangun & berjalan dengan riangnya
Kami bimbang pasal hari esok
Dia meraikan hari ini
Dia menghabiskan setiap saat
dengan hidup sepenuhnya
Dia datang dari mana?
Dia membuat hati kami terharu
Dia pergi ke mana?
Mari kita pergi mencarinya
Dia tempat berteduh daripada panas
matahari yang membakar
Dia seperti oasis dalam gurun
Dia seperti penawar, menenangkan
kepada hati yang luka..
Kerana takut kita tinggal dalam perigi
Dia menjunam dalam sungai
Dia berenang menentang air pasang
Dia berkelana seorang diri seperti awan..
Dia sahabatku
Dia pergi ke mana?
Mari kita pergi mencarinya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...