Sejarah Solat 5 Waktu
Salam
Jumaat kawan-kawan moga korang sehat dan sentiasa dirahmati Allah
S.W.T amin :)
kali
ini awan nak kongsi sedikit ilmu tentang solat 5 waktu..
SUBUH
Manusia
pertama yg mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika
baginda keluar dr syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama
dilihatnya ialah kegelapan dan beginda berasa takut yg amat
sangat.Apabila fajar subuh telah keluar,Nabi Adam a.s pun
bersembahyang 2 rakaat
Rakaat
pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan
malam
Rakaat
kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia
pertama yg mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu
tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s.Seruan itu datang pada waktu tergelincir
matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.
Rakaat
Pertama : Tanda syukur bagi penebusan
Rakaat
Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
Rakaat
Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah S.W.T
Rakaat
Keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya digantikan dengan
tebusan kibas.
ASAR
Manusia
pertama yg mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan Nun.Ikan Nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah
masuk waktu asar.Maka bersykurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
empat rakaat kerana baginda diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada
kegelapan itu.
Rakaat
Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat
Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat
Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat
Keempat : Kelam dengan perut Ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia
pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika
baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya.sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur Nabi
Isa,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dai kejahilan
tersebut iaitu :
Rakaat
Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yg Maha
Esa.
Rakaat
Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan jg tomahan ke atas ibunya
Siti Mariam yg telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat
Ketiga : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah S.W.T semata-mata ,tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia
pertama yg mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s .Pada ketika
itu,Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang
dalam dadanya penuh dgn perasaan dukacita.Allah menghilangkan semua
perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yg akhir.Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat
Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat
Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat
Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat
Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.