Jangan Ucap “KALAULAH”

 
 
Orang mukmin yang kuat adalah adalah yang baik  dan disayangi Allah berbanding yg lemah.Kita manusia masing-masing mempunyai kebaikan.Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yg berguna sama ada di dunia atau akhirat.Kita sebagai hamba Allah hendaklah meminta pertolongan dariNya,dan jangan pernah berasa lemah,hampa dan putus harapan.Dan demikian juga jika kita ditimpa sesuatu perkara janganlah ucap “KALAULAH aku berbuat demikian akan jadi begini dan begitu,akan tetapi katakanlah ‘Taqdir Allah dan Allah berbuat sekehendakNya’ “. Sesungguhnya perkataan “KALAULAH” hanya akan membuka jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
 
 
 
 

KTK

Ingatlah aku sebagai rakanmu...Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu....Engkau sebagai temanku!!!!
zz

Sejarah Solat 5 Waktu




Salam Jumaat kawan-kawan moga korang sehat dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T amin :)
kali ini awan nak kongsi sedikit ilmu tentang solat 5 waktu..
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi terakhir yg diutuskan oleh Allah S.W.T utk membimbing manusia ke arah jalan yg benar.Tidak seperti umat nabi-nabi yg lain,umat nabi Muhammad telah diperintahkan utk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.Berikut diterangkan asal-asal begaimana solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yg mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dr syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan dan beginda berasa takut yg amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar,Nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakaat
Rakaat pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yg mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda syukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah S.W.T
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yg mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu asar.Maka bersykurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada kegelapan itu.
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut Ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kebodohan kaumnya.sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur Nabi Isa,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dai kejahilan tersebut iaitu :
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yg Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan jg tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yg telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah S.W.T semata-mata ,tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yg mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s .Pada ketika itu,Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dgn perasaan dukacita.Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yg akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...