Rokok???

Sebelum kita masuk ke bab rokok...terlebih dahulu sy nak ckp sebab2 sy tak suka dengan asap rokok!! sbrnya sy alah dgn rokok...daa tu sy x suka sgt2 pada rokok...asal je abg,cousin,kawan merokok depan sy....perhhhhhhh!!!! confirm sy akan marah atau tengking mereka..rase mcm sakit hati bila terhidu asap rokok..kadang2 tu drg dok ketawakan sy...hampeh tol!!! sbrnya bila sy terhidu asap benda ne rase mcm sesak nafas then sy akan terbatuk no matter laa rokok jenis apa pun sy mmg x boleh dekat dgn benda ne,seolah2 rokok alergi bg sy..huhuhu
okey kali sy nak kongsi beberapa perkara tentang ROKOK...definisi,jenis,dan kesanya terhadap manusia serta org sekeliling,semoga apa yg sy kongsikan kali ne memberi kita sedikit info pada kita semua

DEFINISI


Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

JENIS-JENIS ROKOK

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Terdapat beberapa jenama rokok yg terdapat di Malaysia iaitu :
*LA Light
*LA Menthol
*Benson & Hedges
*Dunhill
*Gudang Garam
*Marlboro
*Dan banyak lagi...

KESAN-KESAN ROKOK
Terhadap siperokok dan orang di sekeliling
-asap yg dihidu akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru2.Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakn tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini.Ia juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut,kerongkong,paru2 dan barah.Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru2 dan merosakan saluran Bronkus,keadaan ini menyebabkan Bronkitis,penyakit di bahagian paru2.Selain itu ia akan merosakkan pundi udara dalam paru2 (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yg dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernmaan yg boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofogus,perut dan pankreas..Bahan Nikotin yg bukan saja memberi sifat ketagihan,malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit,ia jg merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.Dan kesan ini dlm jangka panjang akan menyebabkan simptom kebas pada kaki,jari,migrain,sakit kepala,pedih ulu hati,kekejangan oto kaki,serangan penyakit jantung dan banyak lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...