Hari Serta Kebaikannya




Hai sahabat-sahabat sekalian hari ne hari selasa kan? Erkk last entry hari tu pu n hari selasa? Hehe genap seminggu sy post entry..hehe..ikut mood :)
Ok hari ne hari selasa,esok rabu,lusa khamis tulat jumaat n bla..bla yg penting genap seminggu hehe :)..korang pernah terfikir tak apa maksud or kebaikan hari-hari yg kita lalui? Sy pernah terfikir gak hal-hal macam ne..so sy teruskan pencarian sy dan akhirnya dapat jga info pasal maksud di sebalik hari dan juga kebaikanya..mesti korang tertanya-tanya kan? Hehehe..ok jom baca n fahami ye :)

ISNIN

Adalah hari baik untuk musafir & untuk berniaga,kerana bahawasanya pada hari isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapat keuntungan dari perniagaanya :)

p/s : so kalau korang nak memulakan sesuatu perniagaan adalah sebaik-baiknya di buat pada hari isnin…insyallah perniagaan tersebut akan diberkati Allah dan sentiasa mendapat keuntungan amin :)

SELASA

Adalah hari berdarah,kerana pada hari tersebut bermulanya Siti Hawa berhaid..dan pada hari tersebut itu pula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

p/s: pada gadis2 yg baru nak masuk umur baliq (pertama kali dating haid) masa hari selasa adalah hari yg baik utk korang sebab ibu kita iaitu Siti Hawa mengalami perkara tersebut pada hari selasa. :)

RABU

Adalah hari kebinasaan yang berkekalan,kerana pada hari tersebut Allah S.W.T meneggelamkan Firaun bersama kaumnya.kaum Samud & kaum A’D yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh,juga dibinasakan oleh Allah pada hari rabu.
p/s : Menurut Ulama.. Allah s.w.t. telah menciptakan laut dan sungai-sungai yang membolehkan airnya diminum.So kepada sesiapa yang berhajat untuk meminum/mengambil ubat melakukannya pada hari Rabu..insyallah cepat sembuh pada yg sakit la :)

KHAMIS

Adalah hari baik untuk menuntut sekalian hajat kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana Raja Mesir,maka Raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

P/S : kawan2 di luar sana kalau korang nak tagih hutang ke or anything tak pun nak tagih kawan yg janji nak belanja..so korang tagih la pada hari khamis insyallah..semuanya akan jadi lebih ceria..hehe :)

JUMAAT

Adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan
p/s: no wonder la kan napa orang suka pilih hari jumaat untuk hari pernikahan :)

SABTU

Sebagai hari tipu daya,kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darun Nadwah.

p/s : ada juga sebahagian para ulama menganggap hari sabtu bagus untuk hari berburu :)

AHAD

Adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan,kerana pada hari tersebut Allah memulakan menciptanya dunia & membangunkannya.

p/s : kalau korang teringin nak buah rumah ke..adalah sebaik-baiknya pada hari ahad..tak pun kalau korang nak bercucuk tanam tak kira la apa jenis sayur mualakanya pada hari ahad..insyallah tanaman tersebut akan membuahkan hasil yg baik (yg penting niat kerana Allah) :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...