CINTA-JODOH –PERKAHWINAN










Bercinta menurut islam 

Dalam Al-Quran dalam surah An-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita islam menutup pandangan dari perkata maksiat,menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihata sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. 

 “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yg beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu suci bagi mereka :sesunggunya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yg mereka kerjakan.Dan katakanlah perempuan-perempuan beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yg zahir drpnya..dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. 

Perasaan Cinta Sebenarnya Adalah perasaan Semulajadi yg wujud pada setiap manusia.mereka cinta kepada ayah,ibu,anak,sahabat andai dll.Islam tidak pernah melarang cinta ini,Cuma islam tekankan teknik bercinta itu sendiri. 

Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunnya melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya,jelas perbuatannya itu satu perbuatan yg bercangggahan dgn nas Al-Quran.Seseorang yg bercinta mengikut cara islam begitu mudah,tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak.Apabila hatinya berkenan kpd seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharah dua rakaat.Setelah keputusannya bulat kepada gadis tersebut hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubapanya atau secara terus kepada gadis terlibat.seterusnya melangsungkan perkahwinan. 

Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu,kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak.Inilah satu-satunya bercinta dalam islam,bukan sebagaimana yg banyak berlaku sekarang bercinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada Negara. 

Berdating 

Berdating bererti menghampiri perzinaan.Dalam islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri perzinaan.Oleh kerana perzinaan itu mendatangkan dosa besar,maka melakukan perbuatan yg boleh membawa kepada perzinaan termasuklah dating ini adalah haram dan berdosa. 

Kaedah Feqah menjelaskan ‘setiap sesuatu yg membawa kpd perlakuan yg haram,maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram.’jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan bagi syaitan menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan.Jauhilah dari berdating kerana orang ketiga di masa itu ialah syaitan. 

Berbual Dengan Mahram Melalui Telefon 

Seseorang lelaki dan seseorang wanita bukan mahram menjalinkan hubungan dengan sering berhubung melalui telefon.Mereka berbual mesra dan menceritakan tentang kehidupan seharian,perasaan hati masing-masing,ataupun hanya berbual kosong kerana seronok dapat bebual mesra antara satu sama lain.Apakah pendapat ustaz tentang perkara ini? Apakah hukumnya? 

Seseorang lelaki itu tidak boleh berdua-duaan dengan seseorang perempuan yg bukan mahramnya di tempat yg sunyi kerana perbuatan ini dilarang keras oleh islam.Dalam sesebuah hadis riwayatAhmad menjelaskan larangan bedua-duaan antara seorang lelaki dengan dengan seorang perempuan kerana pihak yg ketiganya ialah syaitan.Setiap org islam wajib mematuhi larangan ini dan jangan cuba sekali-kali melanggarnya,kerana ia melibatkan hukum-hukum Allah. 

Al-Quran menjelaskan dalam surah Al-Maidah org yg melanggar hukum Allah tidak sunyi daripada tiga golongan manusia iaitu samada termasuk ke dalam gologan org fasik,zalim atau kafir. 

Termasuk dalam ertikata Berkhalwat yg dilarang oleh islam ialah berbual di dalam telefon dgn perempuan yg bukan mahram,sambil menyatakan perasaan hati masing-masing tanpa tujuan syar’i,kerana ia menjadi jelan kearah khalwat dan khalwat menjadi jalan ke arah perzinaan.Setiap menjadi jalan ke arah itu hendaklah ditutup berdasarkan kaedah Feqah “menutup pintu fitnah” 

Satu kaedah lain menjelasakn “sesuatu yg boleh membawa kpd haram maka hukumya adalah haram” sehubungan dgn itu seseorang lelaki islam hendaklah menjauhkan ini utk mendapatkan keselamatan diri.Jika ia bertanya perempuan berkenaan tentang tarikh penetapan perkahwinan,beberapa ramai yg hendak dtg meminang,hari apa-apa majlis itu hendaklah diadakan dan lain-lain yg ada hubungan dgn urusan perkawinan,dan masanya pula tidak lama,tanpa pula kata-kata yg menggairahkan,maka hukumya adalah harus.Baigaiamanapun sebaiknya pihak lelaki hendaklah bertemu terus dgn pihak keluarga perempuan utk menguruskan perkara itu,kerana ia selamat dari fitnah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...