Jangan Ucap “KALAULAH”

 
 
Orang mukmin yang kuat adalah adalah yang baik  dan disayangi Allah berbanding yg lemah.Kita manusia masing-masing mempunyai kebaikan.Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yg berguna sama ada di dunia atau akhirat.Kita sebagai hamba Allah hendaklah meminta pertolongan dariNya,dan jangan pernah berasa lemah,hampa dan putus harapan.Dan demikian juga jika kita ditimpa sesuatu perkara janganlah ucap “KALAULAH aku berbuat demikian akan jadi begini dan begitu,akan tetapi katakanlah ‘Taqdir Allah dan Allah berbuat sekehendakNya’ “. Sesungguhnya perkataan “KALAULAH” hanya akan membuka jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
 
 
 
 

Sejarah Solat 5 Waktu




Salam Jumaat kawan-kawan moga korang sehat dan sentiasa dirahmati Allah S.W.T amin :)
kali ini awan nak kongsi sedikit ilmu tentang solat 5 waktu..
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi terakhir yg diutuskan oleh Allah S.W.T utk membimbing manusia ke arah jalan yg benar.Tidak seperti umat nabi-nabi yg lain,umat nabi Muhammad telah diperintahkan utk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.Berikut diterangkan asal-asal begaimana solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yg mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dr syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan dan beginda berasa takut yg amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar,Nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakaat
Rakaat pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yg mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda syukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah S.W.T
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbanya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yg mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu asar.Maka bersykurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada kegelapan itu.
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut Ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T dari kejahilan dan kebodohan kaumnya.sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur Nabi Isa,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dai kejahilan tersebut iaitu :
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yg Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan jg tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yg telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah S.W.T semata-mata ,tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yg mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s .Pada ketika itu,Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dgn perasaan dukacita.Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yg akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.



Jawapan Ujian Personaliti (lukisan)





Salam 1 rejab...korang pose sunat tak hari? kalau pose alhamdulillah...
Ok now AN nak bagi jawapan untuk Ujian Personaliti (lukis) untuk entry minggu lepas.. thanks untuk kawan2 blogger yg sudi berkongsi lukisan...sweet lukisan krg tau  ♥

♥ Baiklah...awan nak tag empunya lukisan kat bawah ne perhati betol2 ye :P















♥ Cantik tak lukisan drg..hehe

♥ "Base on lukisan kat atas tu korang boleh translatekan pada jawapan kat bawah ne ye" ^__^

♥ pada kawan2 yg lain tu boleh jga cuba ujian personaliti ini tetapi makesure krg tak boleh 
   tengok jawapan ye tak aci pula ann? 
  
♥ Takpe krg lukis then biar krg sendiri yg nilai ok tak?? :)

 


 ANSWER 

1) Lukisan gunung menunjukkan harapan & cita2 kita.Makin banyak gunung,makin banyak cita2 kita.Jika permukaaan gunung tajam maksudnye susah nak mencapai cita-cita..so kena keje keras laa…tapi kalau bulat senang nak capai cita-cita.

2) Lukisan rumah menunjukkan sikap materialisitk,di mana kalau kita lukis rumah banglo 2 tingkat,kita jenis materialistik laa..bagi yg siap tambah kereta kat rumah tu lagi laa materialisitk…hehe.

 3) Lukisan sungai menunjukkan jalan menuju kejayaan.Kalau sungai bengkang-bengkok (halangan) ia menuju kejayaan..tapi kalau lurus senang laa diaa nak menuju kejayaan lagi2 sungai yg menuju ke gunung. 

4) Lukisan burung waaaaa…ini menunjukkan jumlah orang kita sayang,contoh kalau 25 ekor jumlah burung maka 25 org laa kita sayang..kalau ½ menunjukkan kita ne ½ sayang orang itu. 

 5) Lukisan pokok kelapa menunjukkan di mana kita berada,kalau kelapa dekat rumah,,ke mana kita pun tetap nak balik rumah atau pun tempat keja kita dekat dengan rumah.Kalau jauh dari rumah menunjukkan jauhlah mungkin kita merantau.

 6) Lukisan sampan menunjukkan pendirian kita.Kalau sampai dok tepi sungai pastu nak lagi sampan diikat kemas menunjukkan kita ne tetap pendirian.Tapi kalau sampan tak diikat malah terumbang-ambing di sungai pendirian tak teguh,kalau siapa yang lukis pendayung means seorang kuat berusaha. 

7) Lukisan ular..ular bagi kita binatang berbisa kan so..simbol dia adalah ancaman buat keluarga kita..contoh,kalau kepala ular menuju ke rumah kita,maka keluarga kita selamat dan sebaliknya.

 8) Lukisan anak ayak dan ibu ayam ermm..yg ini menarik sikit..ia menunjukkan bahawa sekiranya ibu ayam di depan dan anak ayam kat belakang kita,adalah jenis pemimpin di mana org perlu mendengar arahan kita..kalau ibu ayam di belakang jenis menurut arahan..kalau anak ayam dibelakang dan di depan (tengah-tengah ibu ayam) menunjukkan kita ne mudah bekerjasama,means mendengar arahan dan memberi arahan. 


♥ Amacm? da kenal sikit2 tak personaliti krg?


♥ Jangan lupa share kat bhgian komen ..TQ







Ujian Personaliti





Selamat Pagi sahabat...entry AN kali tentang personaliti jga..asyik personaliti je??? takpe sharing is caring isn't ngee~~
klu sebelum ne AN pernah post entry (mengetahui personaliti) dgn cara berjalan &  hidung (anggota badan) kali ne AN akn suruh korang lukis....amacam? boleh tak? krg lukis je..x cantik pun takpe..AN pun buknya reti sgt nak lukis..(mmg takde bakat nak lukis pun) hehe..

ok korang just lukis macam yg AN tulis kat bawah ne erk :-

Ujian Personaliti :-
Psikologi Lukis

1) Gunung 
2) Rumah
3) Sungai 
4) Burung
5) Pokok kelapa
6) Sampan
7) Ular 
8) Ayam &Anak Ayam

Contoh saya lukis 
---->Gunung ada banyak tak tajam but bulat

---->Rumah kecil ada 1 pintu takde tingkap 

---->Sungai tepi rumah mengalir ke gunung 

--->Burung saya sangat banyak 
       tak terkira 

---->Pokok kelapa di tepi rumah
 
---->Sampan terikat

---->Ular di bawah pokok kelapa dan ekor ular menghadap rumah 
      (ular membelakang rumah)

---->Ibu ayam sedang makan,ibu di depan anak2 ayam itu je

senang je ann? alaa ne soalan budak darjah 1...klu laa krg x leh buat...AN pun x tau nak cakap apa...hehehe
oh ye...nnti krg share erkk lukisan krg..korang boleh letak link or gambar lukisan korang tu kat bahagian komen.... kongsi tau jan tak kongsi :P


        
           =JAWAPAN akan d'postkan pada entry yg seterusnya




Cinta Kerana Allah





SESIAPA YANG MENCINTAI SESEORANG KERANA ALLAH KEMUDIAN SESEORANG YANG DICINTAINYA ITU BERKATA ‘AKU JUGA MENCINTAIMU KERANA ALLAH’ MAKA KEDUANYA AKAN MASUK SYURGA ORANG YANG LEBIH BESAR CINTANYA AKAN LEBIH TINGGI DARJATNYA DARIPADA YANG LAIN IA AKAN DIGABUNGKAN DENGAN ORANG2 YANG MENCINTAI KARENA ALLAH 
 “Hadis Riwayat Al-Bazzar”


CINTA ITU IBARAT POHON YANG BAIK AKARNYA TEGUH,CABANGNYA MENJULANG KE LANGIT BUAHNYA MENAMPAKKAN DIRINYA DI HATI,I LIDAH DAN DI ANGGOTANYA BUAH ITU ADALAH KETAATAN KEPADA ALLAH DAN KENANGAN TERUS MENERUS KEPADA KEKASIH YANG MEMENUHI HATI DAN MELIMPAH KE LIDAH
 “Iman Ghazali”

TALI IMAN PALING KUAT ADALAH CINTA KEPADA ALLAH DAN BENCI KERANA ALLAH
 “HR. AT Tarmidzi” 


CINTA BUKAN MENGAJAR KITA LEMAH TETAPI MEMBANGKITKAN KEKUATAN CINTA BUKAN MENGAJAR KITA MENGHINA DIRI TETAPI MENGHEMBUSKAN KEGAGAHAN CINTA BUKAN MELEMAHKAN SEMANGAT TETAPI MEMBANGKITKAN SEMANGAT 
  “Hamka”


CINTAILAH KEKASIHMU SEKADARNYA SAJA SIAPA TAHU NANTI AKAN JADI MUSUHMU DAN BENCILAH MUSUH MU SEKADARNYA SAJA SIAPA TAHU NANTI AKAN JADI KEKASIHMU
 “Ali Bin Abi Thalib’ 
 

KENALI PERSONALITI ANDA




RAHSIA HIDUNG

 ~Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya. 

 HIDUNG PANJANG
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang. Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni. 

HIDUNG KECIL 
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja. Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi.

HIDUNG PARUH BURUNG
 “Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka. 

HIDUNG TAJAM 
Ha…aga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang. 

HIDUNG LURUS 
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main. 

HIDUNG KEMBANG
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa. 

HIDUNG RUNCING
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri. 

HIDUNG PESEK 
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Mengatahui sikap wanita dgn melihat cara berjalan



♥ Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


♥ Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


♥ Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


♥ Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

♥ Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

♥ Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


♥ Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Sumber :http://melayukini.net/2012/03/ketahui-7-sikap-wanita-dengan-melihat-cara-berjalan/

katakan TIDAK kpd Valentine Day!!!




Apa khbar kawan2 yg sy sygi..hari ne hari selasa ok bukan hari kekasih..ingat tu!!!..ok baiklah pagi tadi ada kawan ne telah membuat satu pengumuman,utk kita semua sertai kempen anti valentine day yg bertemakan "Haram Valentine's Day Menurut Islam" best kan tajuk tu?? so kalau krg teringin nak join kempen ni boleh lah lawat blog beliau http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/a-anti-valentines-day.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JokeoJeonsalo+%28Jokeo+Jeonsalo%29

ok back to topic..seperti yg korang sedia maklum Hari Kekasih ne adalah haram utk disambut orang yg beragama islam..tahu tak kenapa Hari Kekasih tu HARAM!! ok..now sy nak jelaskn pada krg tentang Valentine day sedikit sebanyak sejarah serta pandangannya menurut islam<<<>>>

Hari kekasih yg dirayakan oleh org barat pada tahun terakhir dikenali sebagai "valentine day" yg telah pun merebak ke seluruh kawasan asia tenggara termasuklah malaysia,especially pada bulan Februari di mana kita bnyak menemui slogan,simbol dan sebagainya (tidak kepada islamik) yg hanya wujud utk mempromosikan valentine,dengan sokongan media massa org islam turut dihidangkan dgn iklan-iklan valentine day.

kalau korang nak tahu Valentine diambil sempena nama seorang martyr (dalam islam disebut syuhadah).Pada 14 Februari 270M St.Valentine dibunuh kerana pertangannya dgn penguasa Rowani pd waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Menurut pandangan islam
Dalam Firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.



VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!!

Kesmpulannya..jaganlah kita sesekali cuba utk menyambut hari kekasih walaupun hnya dengan ucapan kerana itu telah menyumbang kita ke arah utk menjatuhkan islam..kalau kita cintakan islam marilah kita sama-sama melaungkan "TIDAK KEPADA VALENTINE DAY" sebanyak yg mungkin..insyallah semoga ianya akan mendatangkan banyak kebaikan dan menyedarkan umat islam di luar sana.

kesan memakan kepak ayam

Salam Mualaikum kawan2 n slmt tghri..

korang suka x mkn kepak ayam??
mesti suka kan...antara part2 ayam 2 bghian kepak gak jadi pilihan kan..sedap ape..he3
tp malangnya sy dgr2 kepak aym ne bawa effect yg x bgus espclly pd wanita!!
so dpt dari sumber ne..jom sma2 baca :)

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.


p/s pnyakit cyst ne sbrnye bhya pada wanita..so lpas ne kurang2 kan la ye mkn kepak aym :)

Jom kita Mengenali Rakan/Kekasih Anda melalui pergerakan kaki.....

Assalamualaikum n salam 1 malaysia....entri sy kali ne tentang perkongian ilmu psikologi di mana kita akan mengetahui kekasih or kawan kita tu mcm mne orangye..artikel ne sy dapat dari sebuah buku...tak ingt daa ape nma buku tu but benda ne daa lme sy tulis kat dlm buku harian sy..mse baca tu terfikir plak nak kongsi ilmu ne...hope ianya dapat memberi knowledge pada kita :)

BERJALAN CEPAT
* orang yang berjalan cepat sama seperti mengejar masa/sesuatu adalah orang yang gemar pada persaingan iaitu,dari segi kerjaya,cinta/ kehidupan peribadinya.Pantang mengalah..seseorang yang kemas kemahuanya dan bercita-cita tinggi.Sentiasa inginkan yabg terbaik & sempurna dalam hidupnya.Biasanya orang sebegini tahu apa yang dimpikan & bijak mengatur starteginya bagi memperoleh apa yang diidamkanya.Jangan sesekali menghalang kehendaknya kerana jika kita cuba meracuni fikiranya anda akan di sisih ke tepi.

BERJALAN SIPUT
* Orang yang berjalan lambat seolah-olah waktu tidak lamsung menganggu hidupnya/bahasa lain "masa memang tak berharga" adalah jenis orang yang mahu supaya orang lain mengikut rentaknya.Dia tidak menggap masa orang lain penting .Dia tidak pedulu jika orang lain meradang/hilang sabar terhadapnya.Walaupun dia kelihatan seperti orang yang tenang/sabar tapi apa yang dilakukanya menimbulkan perasaan garam & marah.Dalam keadaan tertentu orang ini mementingkan diri sendiri.

BERJALAN TERTUNDUK
* Orang yang berjalan dengan bahu jatuh tertunduk dengan mata memandang jalan adalah jenis orang yang kecewa dengan dirinya dan kehidupanya.Bersifat negatif & meletakan harapan tinggi dalam hidupnya.Membiarkan orang lain melakukan apa sshaja yang disukainya.Hidupnya banyak bergantung pada orang lain.Dari segi emosi dan motivasi,orang sebegini berada pada tahap rendah,bila bercinta orang ini mudah mengalah dan sedih bila dikecewakan.Bertindak lambat dalam memulakan langkah untuk mengukuhkan hubungan.

BERJALAN TEGAK
* Berjalan tegak & memandang terus ke hadapan adalah jenis orang yang jelas matlamat hidupnya.Berusaha dengan tabah dan gigih bagi mencapai impian dan wawasan hidup.Dalam bercinta,orang ini menuntut banyak pengorbanan & masa dari kita.Kesabaran perlu dalam banyak perkara,tugasnya akan didahului sebelum keprluan anda dipenuhhi.Dalam berpakaian,pemilihan pakaian & penampilan diri melambangkan sikap serta personaliti individu.

.......Masa Itu Emas......


Terdapat pepatah dalam bahasa Melayu yang berbunyi 'Masa Itu Emas'. Dalam masyarakat Arab pula, popular dengan pepatah 'Masa itu pedang'. Manakala dalam Al-Qur'an sendiri terdapat satu surah yang bernama Surah Al-Asr. Makna Al-Asr adalah masa atau pun waktu asar. Semuanya menggambarkan bahwa masa itu teramat penting dan kalau orang yang mensesia masa walau sedetik pun dianggap rugi, pemalas dan tidak tahu bersyukur.

Persoalan yang sering dikatakan sekarang adalah kenapa orang Melayu sejak dahulu suka membuang masa? Mereka juga tidak suka menepati masa yang telah dijanjikan. Tidak kira status mana mereka berada, perangainya tetap begitu. Walau pun kata-kata begini amat pahit untuk diterima, tetapi ianya perlu diakui kerana hakikatnya memang begitu.

Aku melihat di Pusat Pengajian Tinggi seperti UKM, ketepatan masa juga tidak diambil berat. Tidak kira pensyarah seperti Doktor, Profesor, apatah lagi pelajar yang mengikuti pengajian. Kadang-kadang kelas yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi, pensyarah hanya datang pada 8.40 dan 9.00 pagi. Bagaimana mereka mahu membentuk tauladan yang baik kepada pelajar sekiranya merek sendiri tidak menghargai masa? Sebahagian daripada pensyarah ini adalah dari kalangan Ustaz dan Ustazah yang saban hari berceramah tentang keindahan dan kesyumulan Islam. Tidak keterlaluan dikatakan mereka hanya tahu berbicara tanpa membuat apa yang mereka bicarakan!

Jika dilihat kepada jadual pengajian bagi pelajar yang yang mengikuti program Pengajian Berterusan Jarak Jauh (BPJJ) di UKM, akan didapati bahawa kelas akan bermula pada jam 8.30 pagi dan akan berakhir selepas enam jam berlangsung. Ini bererti setiap pensyarah diamanahkan supaya menghabiskan masa enam jam pada setiap sessi pengajian yang dibuat. Semestinya kelas sepatutnya dihabiskan pada waktu petang. Terpulang kepada kebijaksanaan pensyarah untuk menetapkan waktu rehat yang bersesuaian dengan kelas yang dikendalikannya.

Kebanyakan pensyarah, bahkan hampir keseluruhan pensyarah tidak memberikan masa rehat yang bersesuaian dengan masa tibanya waktu zohor. Waktu zohor yang yang dianggarkan pada jam 1.00 hingga 1.30 tidak diberikan rehat ketika itu. Mereka lebih suka meneruskan pengajian kelas dan menamatkannya pada jam 2.30 atau 3.00 petang.Mereka seolah-olah tidak merasa sesuatu yang penting merehatkan seketika pada waktu tengahari untuk memberi peluang pelajar solat zohor berjamaah. Ini adalah perkara yang wajar diberi perhatian oleh pihak UKM dan pensyarah yang terlibat. Keadaan seperti ini seolah-olah seperti menghalang daripada melakukan solat secara berjamaah. Mungkin setengah pihak menganggap ini adalah persoalan kecil dan remah. Akan tetapi mereka patut sedar bahawa tiada yang remeh dalam perkara yang melibatkan Ibadat dan Sunnah Nabi SAW. Kadang-kadang matapelajaran yang diajar adalah agama, tatapi di masa yang sama tidak diberikan kesungguhan dalam pengamalannya.

Ada setengah orang berpendapat, cara yang paling asas untuk belajar menepati masa adalah dengan mengikuti waktu solat. Seseorang yang setiap masa akan solat berjamaah apabila tibanya waktu solat akan lebih mudah menepati masa, tidak akan suka membuang masa dan amat menghargai masa supaya tidak hilang sia-sia begitu sahaja. Syaratnya adalah mestilah melakukan solat secara berjamaah lima waktu sehari semalam termasuk waktu subuh. Dia mesti berusaha bangun pagi dan solat di surau berdekatan secara berjamaah. Maka dia akan menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa serta tidak akan rugi seperti yang terdapat dalam Surah Al-Asr.

Di jabatan-jabatan kerajaan juga situasi yang sama berlaku. Sesuatu mesyuarat yang dijadualkan pada jam 9.00 pagi amat mustahil dilakukan tepat pada masanya. Sedangkan yang mempengerusikan mesyuarat adalah ketua jabatan tersebut. Bagaimana mahu mewujudkan kakitangan yang berintegriti sekiranya perkara sebegini tidak dibuat. Walaupun kelihatan agak remeh, tatapi kesannya adalah besar kepada sesuatu jabatan.

Sudah lebih dari 10 tahun, perangai pegawai di sesetengah agensi kerajaan tetap sama. Mereka seolah-olah tidak menghargai masa. Menjadi perkara kebiasaan kita mendapati di kedai-kedai makan dipenuhi oleh orang-orang kerajaan yang minum pagi sehingga jam sembilan lebih, bahkan sehingga hampir jam 10 pagi. Mereka seolah-olah tiada apa yang mahu dibuat. Adakah mereka dibayar gaji dengan menggunakan wang rakyat untuk lepak dan bersenang-senang di kedai kopi? Berapa banyak komen dari orang awam yang datang dari jauh untuk berjumpa dengan mana-mana pegawai tetapi terpaksa menunggu lama kerana masih berada di kedai kopi bersembang.

^.........Friendships.......^


FRIENDSHIP THAT LAST


Good friends can bring happiness to one's life.Friendships don't just happend.They have to be built and nurtured.What makes a good friends? Here a some tips that would help in building healty friendships..


Be hOnEsT


Be yourself.Open up & tell ur friends how u feel.When ur friends know ur feelings they will understand ur better.You may think that if u allow ur friends to see ur weaknesses,they will not like you.But it may not be true.You may be surpised to find friends who are willing to help u overcome ur weaknesses.


Be CaRiNg


Its the little acts of caring that keep a friendships going.Do you remember when ur last called ur friends to wish him/her "happy brithday" do you recall the last time u sent a card to wish ur friend good luck?.If u do not,then its time u picked up a card & sent it right away.This small act of yours will streng then ur friendships..


AlLoW fRiEnDs tO Be ThEmSeLvEs


When ur close to ur friends,you begin to appreciate thier strengths & noticed thier weaknesses,for example,ur admire a friend who likes to do charity work.At the same time u noticed that he/she is a "slowcoach" Dont forget ,u too own strengths & weaknesses so u should accept ur friends as themselves..


DoNt KeEpT sCoRe


As friends,do not count the number of times u do things for each other.Ur lend a hand because u really want to help.It is always better to give than to recieve..





haii....slmt berhujung minggu..

just nak share 1 puisi from sasterawan negara iaitu Usman Awang...

hayati n fahami ye....^__^


Akan ku pintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu.

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu.

Akan ku tenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu.

Akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu.

Akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu.

Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu.

Akan ku rebahkan matari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu

Assalamualaikum...salam 1 msia slam maa hijrah.....
pejam celik..pejam celik kini kita dah mengorak langkah ke tahun baru islam...kpd semua muslimin & muslimat selamat menyambut tahun islam baru..1 muaharam detik permulaam =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...