Wajib untuk menangis

setiap manusia di muka bumi ini pasti akan mengeluarkan titisan2 jernih iaitu air mata..bila kita rasa sedih,sakit hati pasti air mata akan keluar, malah mendengar atau menonton cerita2 sedih juga akan menyebabkan kita menangis bukan?  Semua itu adalah fitrah. Kita menangis sebab didorong oleh bbrpa faktor . So Jangan ckp menangis tu tak baik! Menangis tu sebenarnya bagus..ok menurut Dr. William Frey iaitu seorang Pakar Biokimia air mata boleh :-



      Membantu Manusia Melihat
Fungsi asas air mata adalah untuk membantu manusia melihat dengan lebih jelas. Hakikatnya air 
mata bukan sekadar pelincir kepada biji mata dan kelopak mata, tetapi juga mampu untuk menghalang kekeringan pada mata. Tanpa pelincir tidak ada mata yang boleh melihat. Tanpa air mata, kehidupan memberi dimensi yang berbeza kepada manusia iaitu dalam jangka masa pendek akan timbul ketidakselesaan dan kesan jangka panjangnya amat menakutkan, manusia akan hilang penglihatan

Sama lah juga macam mesin kan..klu tak letak minyak pelincir ianya akan rosak betol x? 


    Membunuh Bakteria
Tidak perlu cecair peluntur atau pembasmi kuman. Bertuah kerana manusia ada air mata! Pada air mata 
terdapat anti bakteria dan anti virus semula jadi yang bekerja untuk manusia menentang kuman yang 
masuk ke dalam mata dari persekitaran. Air mata mengandungi lysozyme yang boleh membunuh 
bakteria 90-95% dalam masa lima hingga sepuluh minit.

Masyallah betapa Allah syg pada kita dgn membekalkan cecair peluntur yg begitu unik dan ajaib 


     Menghanyutkan toksik bersamanya
Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa air mata emosi yang mengalir kerana kesedihan 
dan tekanan mengandungi lebih  banyak toksin berbanding air mata yang disebabkan oleh
 gangguan benda asing misalnya ketika mengupas bawang. Air mata emosi mengandungi lebih 
banyak protein, hormone prolactin, adrenocorticotropic dan leucienkephalin (ubat tahan sakit semula jadi). Adakah air mata itu sebenarnya toksik? Tidak! Air mata sebenarnya mengingkirkan toksin dari badan yang terhasil kerana stress. Hal ini adalah umpama terapi semula jadi atau sesi urutan untuk mengeluarkan toksin tetapi dengan kos yang paling murah!

No wonder laa kenapa selepas meangis kita akan rasa lega?? Sebab toksin yg yg sebabkn stress
Telah disingkirkan oleh air mata 


    Dapat menaikan Mood
Anda tahu berapa banyak Mangan (Manganase) di dalam badan anda? Tidak! Begitu juga dengan diri penulis yang tidak tahu berapa jumlah Mangan yang ada di dalam badan. Tetapi, bertuahlah kalau jumlahnya adalah rendah kerana kandungan Mangan yang tinggi di dalam tubuh badan boleh menyebabkan kebimbangan, gemuruh, gugup, cepat marah, keletihan, agresif, gangguan emosi dan semua perasaan gembira akan lenyap. Dengan menangis boleh menurunkan tahap Manganese di dalam badan. Halnya sama seperti membawa keluar toksin dari dalam badan. Air mata mengandungi 24 peratus albumin protein yang boleh menjadi pengangkut kepada molekul yang lebih kecil. Itulah yang dilakukan oleh air mata ketika menangis kerana sedih.

Mangan tu sejenis hormon juga ke? So selalu laa menangis yea supaya tahap mangan nie berkurangan..so x laa kita rasa terlalu bimbang atau gementar 


    Mengurangkan Stress
Air mata adalah sama seperti peluh yang keluar semasa bersenam. Air mata membuang sebahagian 
bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kerana stres. Hormon yang terlebih dikeluarkan seperti endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin kerana kelenjar pituitari terganggu telah memberi kesan kepada mood dan mengawal stres. Menangis ternyata dapat menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan dihasilkan oleh badan

Badan kita nie bnyk bahan kimia erkk? So bahan kimia yg disebabkn stress harus dibuang..
stress x bagus betol x? espcly utk kshtan stress yg terlampau boleh bt org gila 


     Mengukuhkan Hubungan
Menangis bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga dapat mengeratkan hubungan. Apabila melihat 
orang lain menangis secara tidak langsung kita akan berasa simpati dan cuba untuk membantu. Walaupun 
tidak mampu menghilangkan masalah tetapi sekadar menjadi pendengar pun sudah cukup 
untuk meringankan beban. Air mata membantu manusia berbicara dan mengeratkan hubungan 
yang sedia ada

Betol sgt setuju! Melihat org menangis akan menyebabkan kita ada perasaan belas kasihan 
dan ingin tahu..dan di situ hubungan yg terjalin akan bertambah erat 


    Membebaskan Perasaan
Sehebat mana dugaan yang dilalui, malang silih berganti dan air mata tidak pernah kering untuk menangisi kesedihan hati. Namun air mata adalah pilihan yang terbaik untuk meluahkan perasaan. Kadang-kadang perasaan itu bersarang di dalam sistem limbik di dalam otak dan pada ketika yang lainnya terbuku di dalam hati tidak terluah. Menangislah kerana tangisan mampu melegakan emosi. Lepaskan semuanya kerana tangisan baik untuk sistem saraf dan jantung

Bukan semua org boleh faham dgn apa yg kita sedang alami,lebih2 lagi ingin mendengarnya..so dengan
 menangis akan meringan semua itu.Sekurang2nya kita rasa lega dan perasaan sedih dapat dikurangkan, bak kata “ bibir tersenyum hati menangis” 



Busy & 3 idiot




Hari ini hari isnin..ohhh sungguh menggerunkan..sebab isnin mood akan jadi malas..kenapa jadi mcm tu?? sebab mood cuti tu x hilang lagi kot..lebih2 lagi bila terkena cuti panjang ohh..itu laa

 hari ini saya dilanda kebizian..busy & busy..dan kebizian itu akan berlarutan spnjg minggu ini.but its ok! sekurang-kurangnya buat saya rasa lega.  



dan apabila sy rasa stress..bosan! sy akan menonton movie ini " 3 IDIOT" movie nie pernah pecah panggung kerana jalan ceritanya yg sungguh menarik,penuh dgn bermacam perasaan..10 kali tengok,10 kali jga menangis dan ketawa..sedih! kisah 3 sahabat mengejar cita2 utk jadi seorang jurutera.Part paling best "bila seorang pelajar engineering jadi seorang bidan erkk?? " tiada yg mustahil! SUCCESS WILL FOLLOW U! easy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...