Sedarkah kita bahawa romantik adalah salah satu drpd sunnah Nabi Muhammad S.a.w.Walaupun baginda seorang pemimpin yang disegani,tetapi apabila berada bersama-sama isteri,baginda adalah seorang suami yg sangat romantik.Sifat ini ditunjukkan oleh Rasulullah bertujuaan mengajar kita bagaimana mahu membina keluarga yg harmoni sesuai utk dijadikan syurga dunia.Contohilah cara bagaimana Rasulullah s.a.w mengekspresikan kasih sayang terhadap isteri-isterinya :)
♥ Tidur
Dalam Satu Selimut Bersama Isteri
Hadis ini dipetik drpd Atha'bin
Yasar.Katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi
bersama-sama dalam satu bejana.Ketika beliau sedang berada salam satu selimut
dgn Aisyah,tiba-tiba Aisyah bangkit.Baginda kemudian bertanya, "mengapa
engkau bangkit?", jawabnya, "kerana saya haid,wahai Rasulullah."
Sabda Rasulullah, "Kalau begitu pergilah,lalu berkainlah dan dekatlah
kembali padaku," Aisyah pun masuk,lalu berslimut bersama baginda,"
(Hadis riawayat Sai'id bin Mansur.)
♥ Memakai Wangi-wangian
Aisyah berkata,’Sesungguhnya Rasulullah
apabila meminyaki
badanya,baginda
memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan
isterinya meminyaki bahagian lain seluruh tubunhya.’ (Hadis riwayat Ibnu Majah)
♥ Mandi
Bersama Isteri
Daripada Aisyah,beliau kata ,"Aku biasa
mandi bersama dgn Nabi dgn satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan
kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat Abdulrrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
♥ Menyikat Rambut
Suami
Daripada Aisyah,beliau kata,"Saya biasa
menyikatkan rambut Rasulullah.Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).
♥ Membantu
Isteri Di Dapur
Setiap kali baginda pulang ke rumah dan didapati tiada makanan yg sudah
siap dimasak,sambil tersenyum,baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu
isterinya di dapur.
♥ Minum
Bergantian Pada Tempat Yang Sama
Daripada Aisyah,beliau berkata “Saya biasa
minum daripada cawan yg sama ketika haid,lalu Nabi mengambil cawan itu dan
meletakkan mulutnya ditempat saya meletakkan mulut saya.Lalu baginda
minum,kemudian saya mengambil cawan lalu saya menghirup isinya.Kemudian baginda
mengambil daripada saya,lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya,lalu
baginda pun menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdulrrazaq dan Sa’id bin Mansur)
♥ Membelai
isteri
Dalam Hadis diceritakan “Adalah Rasulullah
tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua
(isterinya) seorang demi seorang.Baginda menghampiri dan membelai kami dengan
tidak mencampuri hingga baginda menggilirkan waktunya,lalu baginda bermalam di
tempatnya,” (Hadis riwayat Ahmad)
♥ Tidur
dipangkuan isteri
Daripada
Aisyah,beliau berkata “Nabi biasa meletakkan kepalanya ke pangkuan walaupun
selalu sedang haid,kemudian baginda membaca Al-quran.” (Hadis riwayat
Abdulrrazaq)
♥ Memangggil Dengan Kata-kata Mesra
Rasulullah
biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yg disukainya spt 'Aisy'
dan 'Humaira' (pipi merah delima)
♥ Berjalan
Berpegang Tangan
Rasulullah pernah
bersabda ,”Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan,dosa-dosa akan keluar
dari celah-celah jari mereka,” Rasulullah juga selalu berpegangan tangan
bersama Aisyah sewaktu berada dalam rumah.Selain itu baginda juga selalu
memotong kuku-kuku isterinya.