Cara Rasulullah s.a.w Berkasih Sayang






Sedarkah kita bahawa romantik adalah salah satu drpd sunnah Nabi Muhammad S.a.w.Walaupun baginda seorang pemimpin yang disegani,tetapi apabila berada bersama-sama isteri,baginda adalah seorang suami yg sangat romantik.Sifat ini ditunjukkan oleh Rasulullah bertujuaan mengajar kita bagaimana mahu membina keluarga yg harmoni sesuai utk dijadikan syurga dunia.Contohilah cara bagaimana Rasulullah s.a.w mengekspresikan kasih sayang terhadap isteri-isterinya :)




Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri
Hadis ini dipetik drpd  Atha'bin Yasar.Katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dalam satu bejana.Ketika beliau sedang berada salam satu selimut dgn Aisyah,tiba-tiba Aisyah bangkit.Baginda kemudian bertanya, "mengapa engkau bangkit?", jawabnya, "kerana saya haid,wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu pergilah,lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku," Aisyah pun masuk,lalu berslimut bersama baginda," (Hadis riawayat Sai'id bin Mansur.)

        Memakai Wangi-wangian
Aisyah berkata,’Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyaki badanya,baginda       memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyaki bahagian lain seluruh tubunhya.’ (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Mandi Bersama Isteri
Daripada Aisyah,beliau kata ,"Aku biasa mandi bersama dgn Nabi dgn satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat Abdulrrazaq dan Ibnu Abu Syaibah) 
 
Menyikat Rambut Suami
Daripada Aisyah,beliau kata,"Saya biasa menyikatkan rambut Rasulullah.Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).

Membantu Isteri Di Dapur
Setiap kali baginda pulang  ke rumah dan didapati tiada makanan yg sudah siap dimasak,sambil tersenyum,baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

     Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama
Daripada Aisyah,beliau berkata “Saya biasa minum daripada cawan yg sama ketika haid,lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya ditempat saya meletakkan mulut saya.Lalu baginda minum,kemudian saya mengambil cawan lalu saya menghirup isinya.Kemudian baginda mengambil daripada saya,lalu baginda meletakkan mulutnya  pada tempat saya meletakkan mulut saya,lalu baginda pun menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdulrrazaq dan Sa’id bin Mansur)


    Membelai isteri
Dalam Hadis diceritakan “Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang.Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga baginda menggilirkan waktunya,lalu baginda bermalam di tempatnya,” (Hadis riwayat Ahmad)

Tidur dipangkuan isteri
Daripada Aisyah,beliau berkata “Nabi biasa meletakkan kepalanya ke pangkuan walaupun selalu sedang haid,kemudian baginda membaca Al-quran.” (Hadis riwayat Abdulrrazaq)

Memangggil Dengan Kata-kata Mesra
Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yg disukainya spt 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima)


Berjalan Berpegang Tangan
 Rasulullah pernah bersabda ,”Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan,dosa-dosa akan keluar dari celah-celah jari mereka,” Rasulullah juga selalu berpegangan tangan bersama Aisyah sewaktu berada dalam rumah.Selain itu baginda juga selalu memotong kuku-kuku isterinya.


 
 
      
       



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...