Lama sungguh sy tak update entry..yea sungguh lama..bukan malas,cuma tak tahu idea yg mana satu nak guna utk disikan di ruangan ini!
Begitu banyak liku2 hidup yg aku tempuhi..sehinggakan aku merasakan perbezaan kehidupanku setelah menempuhi ujian Allah yg Maha Penyanyang itu..
KEHIDUPAN
kehidupanku berjalan seperti biasa..mencari rezeki di bumi Allah ini...since aku dah sehat walaupun tak sepenuhnya..aku nekad utk bekerja semula..terlalu lama utk aku berehat di rumah..yeaaa terlalu lama bagiku.
cuma kekadang aku tercari2 kehidupan yg aman dan boleh buat aku menarik nafas lega..
meniti kehidupan yg penuh mencabar ini membuatkan aku sering kali buat keputusan sendiri..dan bila keputusan itu aku buat..aku tak akan cuba pertikaikan atau menyesal! sebab aku tahu..aku dah cukup dewasa utk itu..begitu juga masalah..aku akn cuba utk selesaikanya walaupun tnpa bantuan org lain..kerna smua masalah akan kembali pada Allah.
PEKERJAAN
dalam dunia pekerjaanku..aku banyak menghabiskan masaku dgn menyibukkan diri..aku pantang kalau tak sibuk mesti cari kerja or whatever..dan sebab itu kekadang aku tak ingat nak makan,bila sampai rumah mesti letih dan penat! dan kerana itu aku selalu tidur awal jika tak ada kerja yg harus aku siapakan mlm itu.Mak selalu pesan supaya makan dan banyakkan minum air..malah doktor juga pesan paksa diri utk makan! dan sampai hari ini sy belom lagi jumpa doktor utk last appoinment :( yea sy tahu..cuma kekadang selera nak makan tu akan mati bila sy banyak berfikir..itu lah kekurangan yg ada pada diri ini iaitu banyak berfikir!
CINTA & SAHABAT
soal hati dan perasaan..aku cuba utk jauhi "ayat itu" tapi ia seakan akan mengejar perasaan ini...aku cuba utk ketepikan perkara itu..bagiku cinta begitu sukar..kerna aku percayakan cinta selepas kahwin! kawan..aku lebih suka berkawan!! aku mudah utk berkawan dgn sesiapa..tapi aku cukup jaga batas pergaulan itu..sgt jaga!!cuma..dalam beribu kawan itu..aku telah kehilangan seorang sahabat..yea sahabat yg hari2 bagiku senyuman manis..tenangkan aku disaat aku menangis..sllu mengingatkan aku pada Allah..dan sggup korbankan apa shj demi persahabatan itu...kini aku dah tak berjumpa dia lagi..dah tak ada lagi nasi lemak utk dia :( aku rindukan sahabat itu..sungguh!
MUDAH MENANGIS
Saban hari ada sahaja yg buat hati ini menitiskan air mata..tapi aku tahu Allah mahukan yg terbaik utk hambaNya. aku tak tahu kenapa aku mudah menangis,kekadang tu tak malu depan family,kawan bahkan officemate menangis depan mereka..hati rapuh ini mudah tersentuh..rasa
seperti budak kecik je rasa smua tu. Pernah hari tu sy sembang dgn
mak..sy tak sedar sy nangis..masa tu sy tengah makan..mak pula temakan
sy kat dapur..hanya mak tempat sy mengadu..yea hanya mak..terima kasih bu..terima kasih.