Jawapan Ujian Personaliti (lukisan)





Salam 1 rejab...korang pose sunat tak hari? kalau pose alhamdulillah...
Ok now AN nak bagi jawapan untuk Ujian Personaliti (lukis) untuk entry minggu lepas.. thanks untuk kawan2 blogger yg sudi berkongsi lukisan...sweet lukisan krg tau 

 Baiklah...awan nak tag empunya lukisan kat bawah ne perhati betol2 ye :P















 Cantik tak lukisan drg..hehe

 "Base on lukisan kat atas tu korang boleh translatekan pada jawapan kat bawah ne ye" ^__^

 pada kawan2 yg lain tu boleh jga cuba ujian personaliti ini tetapi makesure krg tak boleh 
   tengok jawapan ye tak aci pula ann? 
  
 Takpe krg lukis then biar krg sendiri yg nilai ok tak?? :)

 


 ANSWER 

1) Lukisan gunung menunjukkan harapan & cita2 kita.Makin banyak gunung,makin banyak cita2 kita.Jika permukaaan gunung tajam maksudnye susah nak mencapai cita-cita..so kena keje keras laa…tapi kalau bulat senang nak capai cita-cita.

2) Lukisan rumah menunjukkan sikap materialisitk,di mana kalau kita lukis rumah banglo 2 tingkat,kita jenis materialistik laa..bagi yg siap tambah kereta kat rumah tu lagi laa materialisitk…hehe.

 3) Lukisan sungai menunjukkan jalan menuju kejayaan.Kalau sungai bengkang-bengkok (halangan) ia menuju kejayaan..tapi kalau lurus senang laa diaa nak menuju kejayaan lagi2 sungai yg menuju ke gunung. 

4) Lukisan burung waaaaa…ini menunjukkan jumlah orang kita sayang,contoh kalau 25 ekor jumlah burung maka 25 org laa kita sayang..kalau ½ menunjukkan kita ne ½ sayang orang itu. 

 5) Lukisan pokok kelapa menunjukkan di mana kita berada,kalau kelapa dekat rumah,,ke mana kita pun tetap nak balik rumah atau pun tempat keja kita dekat dengan rumah.Kalau jauh dari rumah menunjukkan jauhlah mungkin kita merantau.

 6) Lukisan sampan menunjukkan pendirian kita.Kalau sampai dok tepi sungai pastu nak lagi sampan diikat kemas menunjukkan kita ne tetap pendirian.Tapi kalau sampan tak diikat malah terumbang-ambing di sungai pendirian tak teguh,kalau siapa yang lukis pendayung means seorang kuat berusaha. 

7) Lukisan ular..ular bagi kita binatang berbisa kan so..simbol dia adalah ancaman buat keluarga kita..contoh,kalau kepala ular menuju ke rumah kita,maka keluarga kita selamat dan sebaliknya.

 8) Lukisan anak ayak dan ibu ayam ermm..yg ini menarik sikit..ia menunjukkan bahawa sekiranya ibu ayam di depan dan anak ayam kat belakang kita,adalah jenis pemimpin di mana org perlu mendengar arahan kita..kalau ibu ayam di belakang jenis menurut arahan..kalau anak ayam dibelakang dan di depan (tengah-tengah ibu ayam) menunjukkan kita ne mudah bekerjasama,means mendengar arahan dan memberi arahan. 


Amacm? da kenal sikit2 tak personaliti krg?


Jangan lupa share kat bhgian komen ..TQ







Ujian Personaliti





Selamat Pagi sahabat...entry AN kali tentang personaliti jga..asyik personaliti je??? takpe sharing is caring isn't ngee~~
klu sebelum ne AN pernah post entry (mengetahui personaliti) dgn cara berjalan &  hidung (anggota badan) kali ne AN akn suruh korang lukis....amacam? boleh tak? krg lukis je..x cantik pun takpe..AN pun buknya reti sgt nak lukis..(mmg takde bakat nak lukis pun) hehe..

ok korang just lukis macam yg AN tulis kat bawah ne erk :-

Ujian Personaliti :-
Psikologi Lukis

1) Gunung 
2) Rumah
3) Sungai 
4) Burung
5) Pokok kelapa
6) Sampan
7) Ular 
8) Ayam &Anak Ayam

Contoh saya lukis 
---->Gunung ada banyak tak tajam but bulat

---->Rumah kecil ada 1 pintu takde tingkap 

---->Sungai tepi rumah mengalir ke gunung 

--->Burung saya sangat banyak 
       tak terkira 

---->Pokok kelapa di tepi rumah
 
---->Sampan terikat

---->Ular di bawah pokok kelapa dan ekor ular menghadap rumah 
      (ular membelakang rumah)

---->Ibu ayam sedang makan,ibu di depan anak2 ayam itu je

senang je ann? alaa ne soalan budak darjah 1...klu laa krg x leh buat...AN pun x tau nak cakap apa...hehehe
oh ye...nnti krg share erkk lukisan krg..korang boleh letak link or gambar lukisan korang tu kat bahagian komen.... kongsi tau jan tak kongsi :P


        
           =JAWAPAN akan d'postkan pada entry yg seterusnya




Cinta Kerana Allah





SESIAPA YANG MENCINTAI SESEORANG KERANA ALLAH KEMUDIAN SESEORANG YANG DICINTAINYA ITU BERKATA ‘AKU JUGA MENCINTAIMU KERANA ALLAH’ MAKA KEDUANYA AKAN MASUK SYURGA ORANG YANG LEBIH BESAR CINTANYA AKAN LEBIH TINGGI DARJATNYA DARIPADA YANG LAIN IA AKAN DIGABUNGKAN DENGAN ORANG2 YANG MENCINTAI KARENA ALLAH 
 “Hadis Riwayat Al-Bazzar”


CINTA ITU IBARAT POHON YANG BAIK AKARNYA TEGUH,CABANGNYA MENJULANG KE LANGIT BUAHNYA MENAMPAKKAN DIRINYA DI HATI,I LIDAH DAN DI ANGGOTANYA BUAH ITU ADALAH KETAATAN KEPADA ALLAH DAN KENANGAN TERUS MENERUS KEPADA KEKASIH YANG MEMENUHI HATI DAN MELIMPAH KE LIDAH
 “Iman Ghazali”

TALI IMAN PALING KUAT ADALAH CINTA KEPADA ALLAH DAN BENCI KERANA ALLAH
 “HR. AT Tarmidzi” 


CINTA BUKAN MENGAJAR KITA LEMAH TETAPI MEMBANGKITKAN KEKUATAN CINTA BUKAN MENGAJAR KITA MENGHINA DIRI TETAPI MENGHEMBUSKAN KEGAGAHAN CINTA BUKAN MELEMAHKAN SEMANGAT TETAPI MEMBANGKITKAN SEMANGAT 
  “Hamka”


CINTAILAH KEKASIHMU SEKADARNYA SAJA SIAPA TAHU NANTI AKAN JADI MUSUHMU DAN BENCILAH MUSUH MU SEKADARNYA SAJA SIAPA TAHU NANTI AKAN JADI KEKASIHMU
 “Ali Bin Abi Thalib’ 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...