kesan memakan kepak ayam

Salam Mualaikum kawan2 n slmt tghri..

korang suka x mkn kepak ayam??
mesti suka kan...antara part2 ayam 2 bghian kepak gak jadi pilihan kan..sedap ape..he3
tp malangnya sy dgr2 kepak aym ne bawa effect yg x bgus espclly pd wanita!!
so dpt dari sumber ne..jom sma2 baca :)

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.


p/s pnyakit cyst ne sbrnye bhya pada wanita..so lpas ne kurang2 kan la ye mkn kepak aym :)

Jom kita Mengenali Rakan/Kekasih Anda melalui pergerakan kaki.....

Assalamualaikum n salam 1 malaysia....entri sy kali ne tentang perkongian ilmu psikologi di mana kita akan mengetahui kekasih or kawan kita tu mcm mne orangye..artikel ne sy dapat dari sebuah buku...tak ingt daa ape nma buku tu but benda ne daa lme sy tulis kat dlm buku harian sy..mse baca tu terfikir plak nak kongsi ilmu ne...hope ianya dapat memberi knowledge pada kita :)

BERJALAN CEPAT
* orang yang berjalan cepat sama seperti mengejar masa/sesuatu adalah orang yang gemar pada persaingan iaitu,dari segi kerjaya,cinta/ kehidupan peribadinya.Pantang mengalah..seseorang yang kemas kemahuanya dan bercita-cita tinggi.Sentiasa inginkan yabg terbaik & sempurna dalam hidupnya.Biasanya orang sebegini tahu apa yang dimpikan & bijak mengatur starteginya bagi memperoleh apa yang diidamkanya.Jangan sesekali menghalang kehendaknya kerana jika kita cuba meracuni fikiranya anda akan di sisih ke tepi.

BERJALAN SIPUT
* Orang yang berjalan lambat seolah-olah waktu tidak lamsung menganggu hidupnya/bahasa lain "masa memang tak berharga" adalah jenis orang yang mahu supaya orang lain mengikut rentaknya.Dia tidak menggap masa orang lain penting .Dia tidak pedulu jika orang lain meradang/hilang sabar terhadapnya.Walaupun dia kelihatan seperti orang yang tenang/sabar tapi apa yang dilakukanya menimbulkan perasaan garam & marah.Dalam keadaan tertentu orang ini mementingkan diri sendiri.

BERJALAN TERTUNDUK
* Orang yang berjalan dengan bahu jatuh tertunduk dengan mata memandang jalan adalah jenis orang yang kecewa dengan dirinya dan kehidupanya.Bersifat negatif & meletakan harapan tinggi dalam hidupnya.Membiarkan orang lain melakukan apa sshaja yang disukainya.Hidupnya banyak bergantung pada orang lain.Dari segi emosi dan motivasi,orang sebegini berada pada tahap rendah,bila bercinta orang ini mudah mengalah dan sedih bila dikecewakan.Bertindak lambat dalam memulakan langkah untuk mengukuhkan hubungan.

BERJALAN TEGAK
* Berjalan tegak & memandang terus ke hadapan adalah jenis orang yang jelas matlamat hidupnya.Berusaha dengan tabah dan gigih bagi mencapai impian dan wawasan hidup.Dalam bercinta,orang ini menuntut banyak pengorbanan & masa dari kita.Kesabaran perlu dalam banyak perkara,tugasnya akan didahului sebelum keprluan anda dipenuhhi.Dalam berpakaian,pemilihan pakaian & penampilan diri melambangkan sikap serta personaliti individu.

.......Masa Itu Emas......


Terdapat pepatah dalam bahasa Melayu yang berbunyi 'Masa Itu Emas'. Dalam masyarakat Arab pula, popular dengan pepatah 'Masa itu pedang'. Manakala dalam Al-Qur'an sendiri terdapat satu surah yang bernama Surah Al-Asr. Makna Al-Asr adalah masa atau pun waktu asar. Semuanya menggambarkan bahwa masa itu teramat penting dan kalau orang yang mensesia masa walau sedetik pun dianggap rugi, pemalas dan tidak tahu bersyukur.

Persoalan yang sering dikatakan sekarang adalah kenapa orang Melayu sejak dahulu suka membuang masa? Mereka juga tidak suka menepati masa yang telah dijanjikan. Tidak kira status mana mereka berada, perangainya tetap begitu. Walau pun kata-kata begini amat pahit untuk diterima, tetapi ianya perlu diakui kerana hakikatnya memang begitu.

Aku melihat di Pusat Pengajian Tinggi seperti UKM, ketepatan masa juga tidak diambil berat. Tidak kira pensyarah seperti Doktor, Profesor, apatah lagi pelajar yang mengikuti pengajian. Kadang-kadang kelas yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi, pensyarah hanya datang pada 8.40 dan 9.00 pagi. Bagaimana mereka mahu membentuk tauladan yang baik kepada pelajar sekiranya merek sendiri tidak menghargai masa? Sebahagian daripada pensyarah ini adalah dari kalangan Ustaz dan Ustazah yang saban hari berceramah tentang keindahan dan kesyumulan Islam. Tidak keterlaluan dikatakan mereka hanya tahu berbicara tanpa membuat apa yang mereka bicarakan!

Jika dilihat kepada jadual pengajian bagi pelajar yang yang mengikuti program Pengajian Berterusan Jarak Jauh (BPJJ) di UKM, akan didapati bahawa kelas akan bermula pada jam 8.30 pagi dan akan berakhir selepas enam jam berlangsung. Ini bererti setiap pensyarah diamanahkan supaya menghabiskan masa enam jam pada setiap sessi pengajian yang dibuat. Semestinya kelas sepatutnya dihabiskan pada waktu petang. Terpulang kepada kebijaksanaan pensyarah untuk menetapkan waktu rehat yang bersesuaian dengan kelas yang dikendalikannya.

Kebanyakan pensyarah, bahkan hampir keseluruhan pensyarah tidak memberikan masa rehat yang bersesuaian dengan masa tibanya waktu zohor. Waktu zohor yang yang dianggarkan pada jam 1.00 hingga 1.30 tidak diberikan rehat ketika itu. Mereka lebih suka meneruskan pengajian kelas dan menamatkannya pada jam 2.30 atau 3.00 petang.Mereka seolah-olah tidak merasa sesuatu yang penting merehatkan seketika pada waktu tengahari untuk memberi peluang pelajar solat zohor berjamaah. Ini adalah perkara yang wajar diberi perhatian oleh pihak UKM dan pensyarah yang terlibat. Keadaan seperti ini seolah-olah seperti menghalang daripada melakukan solat secara berjamaah. Mungkin setengah pihak menganggap ini adalah persoalan kecil dan remah. Akan tetapi mereka patut sedar bahawa tiada yang remeh dalam perkara yang melibatkan Ibadat dan Sunnah Nabi SAW. Kadang-kadang matapelajaran yang diajar adalah agama, tatapi di masa yang sama tidak diberikan kesungguhan dalam pengamalannya.

Ada setengah orang berpendapat, cara yang paling asas untuk belajar menepati masa adalah dengan mengikuti waktu solat. Seseorang yang setiap masa akan solat berjamaah apabila tibanya waktu solat akan lebih mudah menepati masa, tidak akan suka membuang masa dan amat menghargai masa supaya tidak hilang sia-sia begitu sahaja. Syaratnya adalah mestilah melakukan solat secara berjamaah lima waktu sehari semalam termasuk waktu subuh. Dia mesti berusaha bangun pagi dan solat di surau berdekatan secara berjamaah. Maka dia akan menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa serta tidak akan rugi seperti yang terdapat dalam Surah Al-Asr.

Di jabatan-jabatan kerajaan juga situasi yang sama berlaku. Sesuatu mesyuarat yang dijadualkan pada jam 9.00 pagi amat mustahil dilakukan tepat pada masanya. Sedangkan yang mempengerusikan mesyuarat adalah ketua jabatan tersebut. Bagaimana mahu mewujudkan kakitangan yang berintegriti sekiranya perkara sebegini tidak dibuat. Walaupun kelihatan agak remeh, tatapi kesannya adalah besar kepada sesuatu jabatan.

Sudah lebih dari 10 tahun, perangai pegawai di sesetengah agensi kerajaan tetap sama. Mereka seolah-olah tidak menghargai masa. Menjadi perkara kebiasaan kita mendapati di kedai-kedai makan dipenuhi oleh orang-orang kerajaan yang minum pagi sehingga jam sembilan lebih, bahkan sehingga hampir jam 10 pagi. Mereka seolah-olah tiada apa yang mahu dibuat. Adakah mereka dibayar gaji dengan menggunakan wang rakyat untuk lepak dan bersenang-senang di kedai kopi? Berapa banyak komen dari orang awam yang datang dari jauh untuk berjumpa dengan mana-mana pegawai tetapi terpaksa menunggu lama kerana masih berada di kedai kopi bersembang.

^.........Friendships.......^


FRIENDSHIP THAT LAST


Good friends can bring happiness to one's life.Friendships don't just happend.They have to be built and nurtured.What makes a good friends? Here a some tips that would help in building healty friendships..


Be hOnEsT


Be yourself.Open up & tell ur friends how u feel.When ur friends know ur feelings they will understand ur better.You may think that if u allow ur friends to see ur weaknesses,they will not like you.But it may not be true.You may be surpised to find friends who are willing to help u overcome ur weaknesses.


Be CaRiNg


Its the little acts of caring that keep a friendships going.Do you remember when ur last called ur friends to wish him/her "happy brithday" do you recall the last time u sent a card to wish ur friend good luck?.If u do not,then its time u picked up a card & sent it right away.This small act of yours will streng then ur friendships..


AlLoW fRiEnDs tO Be ThEmSeLvEs


When ur close to ur friends,you begin to appreciate thier strengths & noticed thier weaknesses,for example,ur admire a friend who likes to do charity work.At the same time u noticed that he/she is a "slowcoach" Dont forget ,u too own strengths & weaknesses so u should accept ur friends as themselves..


DoNt KeEpT sCoRe


As friends,do not count the number of times u do things for each other.Ur lend a hand because u really want to help.It is always better to give than to recieve..





haii....slmt berhujung minggu..

just nak share 1 puisi from sasterawan negara iaitu Usman Awang...

hayati n fahami ye....^__^


Akan ku pintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu.

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu.

Akan ku tenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu.

Akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu.

Akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu.

Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu.

Akan ku rebahkan matari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...