haii....slmt berhujung minggu..

just nak share 1 puisi from sasterawan negara iaitu Usman Awang...

hayati n fahami ye....^__^


Akan ku pintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu.

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu.

Akan ku tenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu.

Akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu.

Akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu.

Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu.

Akan ku rebahkan matari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...